Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, June 24, 2013

Persediaan Menjelang Ramadhan


Hari ni dah masuk 16hb Syaaban..tinggal 14 hari lagi menjelang Ramadhan. Sempena bulan Ramadhan yang hampir menjelma, SiiSM menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems program. 

Kenapa Shaklee Mighty 3 Gems?
# Sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).
# Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa.
# Sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi (selain bulan Ramadhan).
# Sesuai diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. 
# Membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.
# Sesuai kepada mereka yang malas nak masak sahur @ sebagai 'express' sahur

Terdapat 3 jenis produk dalam set ini :-
1. Mealshake
(perisa French Vanilla),
2. Energizing Soy Protein (ESP) 
(perisa Vanilla)
3. Performance Drink 
(perisa oren).


Mealshake dan ESP
============ 
# Mempunyai perasa vanila, 
# Gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. 
# Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink 
============
# Membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. 
# Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. 
# Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

* Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus BERTENAGA dan CERGAS !!

* Kepada ibu-ibu & bapa-bapa yang baru nak ajar anak-anak belajar puasa set ini amat sesuai untuk anak-anak agar sentiasa  sihat & bertenaga sepanjang berpuasa..InshaAllah.

Set ini amatlah sesuai untuk BERSAHUR, BERSARAPAN dan juga BERBUKA PUASA. Kalau yang terlambat bangun sahur tu Mighty 3 Gems ini memadai untuk membantu anda berpuasa sepanjang hari!! In Shaa ALLAH.

CEPAT-CEPAT... BUAT PEREDIAAN SEKARANG!
 BERMINAT NAK ORDER? Sila Sms/Whatsupp ke 013-5116965

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

Salam sayang dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538
Customer SiiSm bakal mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan kami .;)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Description: Persediaan Menjelang Ramadhan Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Persediaan Menjelang Ramadhan

Mealshake untuk Siapa?

\

Apa itu Meal Shakes? 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utamadan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anak anda.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

·                     Bayi bermula 1 tahun ke atas
·                     Sumber utama vitamin untukkanak-kanak
·                     Perangsang kepada anak yang kurang selera makan
·                     Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
·                     Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
·                     Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
·                     Warga emas

Keistimewaan Meal Shakes Shaklee
·                     Sumber yg kaya dgn fiber, protein dan kalsium
·                     Rendah glisemik dan lemak
·                     Lengkap dengan protien dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran
·                     Rasa french vanila yg sedap

Kelebihan Meal Shakes Shaklee
·                     membantu perkembangan minda dan IQ anak
·                     menambah selera makan anak-anak
·                     membantu masalah sembelit
·                     mengatasi masalah selalu selsema dan asma
·                     menguruskan badan

Lihat testimoni ini ;-


Apa tunggu lagi?? Jom Order mealshake sempena PROMO ni..TINGGAL 7 HARI JERR LAGI..

CEPAT-CEPAT..REBUT PELUANG YANG ADA!
 BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke013-5116965

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

Salam sayang dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538

Description: Mealshake untuk Siapa? Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Mealshake untuk Siapa?

Sunday, June 23, 2013

Hidupkan Malam Nisfu Syaa'ban


Salam Hari Minggu buat rakan-rakan SiiSm..Pasti rakan-rakan semua tertunggu-tunggu hari nisfu syaa'ban ni kan..Alhamdulillah..kita masih dipertemukan dengan malam nisfu syaa'ban ni..Jom baca info mengenai malam nisfu syaaban ni..Jom kita perbanyakkan amalan..insya-allah.

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

Dikesempatan ini SiiSm ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan dari SiiSm sepanjang pertemuan kita.  

kredit to Fauziah Samad

Description: Hidupkan Malam Nisfu Syaa'ban Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Hidupkan Malam Nisfu Syaa'ban

Puasa Selepas Nisfu Syaa'ban


Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)
PUASA SELEPAS NISFU SYA’BAN
Sabda Nabi s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah haram.
Namun menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di atas orang-orang berikut;
  1. Orang yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua (yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung Sya’ban.
  2. Orang yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.
  3. Orang-orang yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah qadha’ puasa sunat).
PUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN
Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Sebahagian ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada Ramadhan. Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi;
  1. Orang yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya
  2. Orang yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.
  3. Orang berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.
PUASA HARI SYAK
Dilarang berpuasa pada hari syak berdalilkan hadis dari ‘Ammar bin Yasir r.a. yang menceritakan;
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Hari syak ialah hari ke 30 Sya’ban yang timbul syak atau keraguan di kalangan orang ramai; apakah ia masih bulan Sya’ban atau telah masuk bulan Ramadhan? Keraguan itu timbul kerana ada suara-suara yang memperkata atau menghebohkan bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan, namun tidak ada saksi yang adil atau yang boleh diterima yang memberitahu atau mendakwa ia melihat anak bulan itu. Hari syak ini diharamkan berpuasa sama ada dengan niat puasa Ramadhan sebagai ihtiyaht (yakni berhati-hati) atau puasa sunat. Jika ada yang berpuasa juga pada hari syak, puasanya batal dan ia berdosa. Walau bagaimanapun, dikecualikan larangan tersebut dari tiga orang yang disebut tadi.
Wallahua'lam
Kredit to ; Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Description: Puasa Selepas Nisfu Syaa'ban Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Puasa Selepas Nisfu Syaa'ban

Friday, June 21, 2013

Suplement Terbaik Ibu Hamil

Alhamdulillah..syukur dengan kehamilan rakan-rakan SiiSM..Syukur juga..ramai rakan-rakan SiiSM yang memilih untuk mengambil suplement shaklee sepanjang kehamilan...That's y hari ni SiiSm dengan sukacitanya update tentang suplement untuk ibu hamil..apa yang terbaik yg kita boleh beri buat si manja dalam kandungan.

Ibu-Ibu Idaman semua jemput baca sedikit penerangan tentang kelebihan  setiap produk di bawah ni k..

1) B complex : dilengkapi dengan asid folik dan lapan vit B beserta Folic Acid yang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.
• B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. 
Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. 
Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk

2)Vitalea-Iron : multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi yang bagus untuk elakkan anemia.
• Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

3) Ostematrix : Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bagus utk sistem saraf, pembentukan tulang bayi serta menghindari simpul biawak (cramp). Kalsium yang mencukupi juga membantu proses meneran semasa kelahiran.
• Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. 
Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. 
Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

4) Omega Guard
• Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. 
Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. 
(Di sarankan untuk kehamilan 6 bulan keatas untuk lebih selamat)

ADD ON
5) Energizing Soy Protein (ESP) : protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik utk perkembangan janin (sel terbentuk drp protein) selain untuk tenaga berterusan- Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

• Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. 
Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
 ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. 
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Jika anda berminat untuk mendapatkan set  

hamil/berpantang/menyusu shaklee

1. PM saya, Ameerah Zulfa T. Abdullah /
http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya

2. ✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 013-5116965 




 
Salam sayang dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538






Bakal mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM.;)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Description: Suplement Terbaik Ibu Hamil Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Suplement Terbaik Ibu Hamil

Thursday, June 20, 2013

Isteri Hamil Perlu diurut


Salam Jumaat buat rakan-rakan SiiSm, Ibu-Ibu idaaman semua..diharap semua sihat bahagia disamping suami dan keluarga tercinta...Hari ni Siism ingin kongsikan sesuatu buat Ibu hamil...=)

Buat Ibu hamil..mesti rasa indah + best jer jika ada orang urutkan kan? Untuk para suami..tak salah rasanya manjakan isteri hamil dengan membuat urutan ringan dan lembut..terutama sebelum waktu tidur.

Walaupun ringan dan lembut, pasti amat bermakna buat isteri hamil dan akan memberi kesan yang baik buat si manja..insya-allah. Ini juga merupakan salah satu appreciation buat isteri yang mengandungkan zuriat suami..k =) 

Walaubagaimanapun..perlu diingatkan..isteri hamil tak boleh main urut jer..terutama bahagian perut n sekitarnya janganla diusik..sbab kita bukan bidan =) memadai dengan urutan di belakang, pinggang, betis dan kaki..Biase ibu hamil mengalami sakit2 pinggang n kejang betis kan..(termasuk admin..hihiih)

Lebih indah rasanya bila bangun pagi tanpa perlu di pinta sang suami mengurut kaki n betis tanpa perlu dipinta..sweetnya kan..ape kata suami-suami semua cuba tips ni..Semoga kemesraan membawa kebahagian yang berkekalan..ameen ~~

Terima kasih tak terhingga to my beloved husb yang tidak pernah merungut untuk mengurut admin mase preknan anak sulong dlu..Alhamdulillah..dikurniakan suami yang pandai mengurut.. =) lega lpas diurut..bru boleh tidur lena..hikhik..
Buat ibu-ibu hamil yang berminat untuk dapatkan suplement shaklee..ini antara suplement yang SiiSm cadangkan ;-

utk set hamil..kita cadangkan ambil 4 produk ni..
b-complex, vitelea, ostematrix..jika ada bajet boleh tambah esp..
kemudian kandungan masuk 6 bulan boleh tambah omega..

1 botol Vitelea= 120 tabs (kegunaan 4-6 bulan)
1botol Bcomplex= 120 tabs (kegunaan 4-6 bulan)
1botol Ostematrix= 120tabs (kegunaan 1 bulan)  
+ ADD ON (JIKA ADA BAJET)
1 can ESP = 850 gram  (kegunaan 1-2 bulan) 

Untuk mengetahui detail harga dan maklumat lanjut boleh klik DISINI 

✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 013-5116965 
✉ boleh juga PM/inbox sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM

Salam sayang dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538






Bakal mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM.;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Description: Isteri Hamil Perlu diurut Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Isteri Hamil Perlu diurut
Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014