Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, July 29, 2013

3 AMALAN RASULULLAH DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Cepatnya masa berlalu..kita dah masuk fasa terakhir ramadhan..

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." 

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. 

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya: 

1) Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman 

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. 

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. 

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. 

2) Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. 

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” (ikat punggang disini mungkin bermaksud menjauhi pergaulan suami-isteri) 

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. 

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” 

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. 

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. 

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. 

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”


3)Memperbanyak doa. 

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. 

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. 

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” 

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.” 

Subhanallah....

Description: 3 AMALAN RASULULLAH DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: 3 AMALAN RASULULLAH DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Sunday, July 28, 2013

Fadhilat Mencium Si Manja



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. 


1) Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

2) Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

3) Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4) Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

5) Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6) Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7) Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.


Sayangi Si Manja Tercinta.. 

Ingin dapatkan set untuk anak-anak dengan harga  ISTIMEWA! KLIK DISINI

 BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp 

 taip"set anak " sertakan nama dan kawasan hantar 

ke 013-5116965 sekarang!!


 boleh juga PM/inbox sy di https://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya 

@. komen disini pn boleh

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

FREE GIFT, Jadual Pengambilan Vitamin & Konsultasi penyusuan percuma menanti anda.

Salam Seindah Ramadhan dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit






Description: Fadhilat Mencium Si Manja Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Fadhilat Mencium Si Manja

Thursday, July 25, 2013

Tazkirah Subuh sempena Nuzul Quran



Salam Nuzul Quran buat semua umat islam. Ade negeri yang cuti ada negeri yang tak cuti hari ni..apeponJom kita ikuti sedikit kesimpulan tazkirah subuh dari Ustaz Haris Fadzlan.

1. Jatuh hari ini Jumaat 17 Ramadhan. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi utk dpt syafaat.

2. Antara satu terawih dgn terawih ada Selawat. Saya rasa negara lain tiada Selawat eg Pakistan, Mesir, Arab. Hanya di rantau ini saja. Saya x mau bincang samada bidaah atau tidak saya x mau bincang. 

3. Selawat adalah suruhan Allah. Khatib x pernah tafsir makna Selawat yg di baca diantara terawih itu.

4. Allah beritahu Aku Maha Pencipta tapi Aku Selawat, malaikat2 Ku hebat dan mereka pun Selawat. 

5. Ayah Musa org alim dari Kelantan (baru meninggal) dlm u tube dia cerita kisah seorg yg tawaf dgn baca Selawat saja sepanjang tawaf. Dia jumpa org muda tu selepas tawaf dan tanya kenapa dia Selawat. Dia tanya siapakah pak cik. Dia kata saya adalah Suffian As Sauri. Pemuda itu cerita bapanya meninggal kulit warna hitam. Bapanya seorg yg baik. Dia x faham. Dia menangis dan bermimpi seorg dtg menyapu muka bapanya dan menjadi putih bersih. Dia tanya siapakah kamu. Saya adalah Rasulullah. Sebenarnya bapa dia banyak dosa bukan sebaik mana yg anak dia sangka. Pemuda tanya kenapa tuan sapu muka dan jadi putih. Nabi kata walaupun bapa kamu banyak dosa tapi lidah dia sentiasa berselawat. Maka Nabi bagi syafaat kpnya. Dia terus sedar dari tidur dan pergi tengok jenazah bapanya. Dia nampak mukanya putih bersih seperti mana yg dimimpikan. Jadi benarlah apa yg dia mimpikan.

6. Pada hari ini ribuan malaikat mengiringi Al Quran dari Luh Mahfuz ke kaki langit diketuai oleh Jibril. Ini menunjukkan mustahaknya. Allah Maha Agong, paling berkuasa. Patutnya tafsir Quran jadi pelajaran wajib di dlm sekolah. Saya baca tafsir setiap minggu lepas kuliah maghrib dah 10 tahun baru hbs 10 juzuk. Maknanya satu juzuk satu tahun. Hebatnya Quran. Ia mempunyai tafsiran yg banyak. Hari ini ramai yg tak faham Quran. Kita belajar baca saja tapi x baca tafsir. Kita bangga dgn journal2 kehakiman dll tapi tidak dgn Quran. 

7. Tarikh ini menyaksikan kemenangan Islam dlm perang Badar dgn bantuan Allah dgn jumlah yg sikit 313 org. Kemenangan demi kemenangan org Islam menang, Khandaq, Hunain dan tewas dlm Uhud. 

8. Afghanistan tewaskan Russia lps tu Amerika dtg membantu, Iraq kita kalah, Mesir baru nk perintah dah diguling. Apa hebatnya org dulu mana salah kita? Buku 'Kita mula kan dgn diri kita' penulis org Mesir. Sahabat2 adalah generasi yg hak mendapat kemenangan.

9. Saya saksi sendiri di pusat mengundi di Mesir. Buku daftar pemilih di print atas banner dan di gantung depan pintu sekolah. As Salafi bersatu dgn Ikhwan sokong Morsi. Banyak pembangunan dia buat semasa pemerinrahannya setahun. 

a. Tiada sifat jil nasli. Rungkai semua pegang satu. Niat kerana Allah. 

b. Tauhid kp Allah. Jangan syirik kp Allah eg suka dan percaya kp bomoh.

c. Bebaskan diri kita dari ikut benda lain selain ikut Nabi 100%. Eg ikut2an tarian gangnam, tengok cerita korea terutama anaka2 perempuan. 

d. Generasi yg hidupkan sunnah Rasulullah. Buat ibadah sunat banyak.

e.Generasi yg sentiasa menyerah diri dan redha dgn ketentuan Allah. Kita minta redha Allah dan syurga dan minta hindar murka Allah dan neraka. Kita kenalah redha dgn Allah dulu baru Allah redha dgn kita. Kita mesti jaga sungguh2 hukum Allah. Kita jaga semua perbuatan kita supaya tidak batalkan puasa, jaga hukum puasa tapi x jaga hukum solat. Terawih dtg tapi subuh jemaah x dtg. Hukum aurat tak jaga. Belum cerita lagi hukum hudud, qisas.

f. Biar pendek angan2 jgn panjang sangat. Masa muda vs tua, kuat vs lemah, sihat vs sakit. Satu saja tak kurang malah bertambah iaitu angan2. Mula angan2 motor lepas tu bila keluarga bertambah maka angan2 kenderaan makin besar. Cita2 utk Islam biar tinggi kekayaan biar sederhana.


Artikle ini adalah perkongsian dari sahabat di FB. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat rakan-rakan..insya-ALLAH..marilah kita perbanyakkan selawat di hari dan bulan yang mulia ini..
Description: Tazkirah Subuh sempena Nuzul Quran Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Tazkirah Subuh sempena Nuzul Quran

Rahsia Sujud Di Dalam Solat


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. 
Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. 
Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. 
Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. 

Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. 
Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh) juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim 

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…

Hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH) 
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:, 
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. 
Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” 
(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. 
Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa: 

“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. 
(Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- 
” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. 
Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. 
Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. 
Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, 
“Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

Islam itu kan indah.. 
Solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. 
Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )


Description: Rahsia Sujud Di Dalam Solat Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Tuesday, July 23, 2013

Vitelea Tingkatkan HB Ibu Hamil


Buat Ibu hamil, tidak dapat lari dari masalah HB rendah kan..walaupun dah ambil berbiji2 tablet iron dari klinik. Ibu dulu pun memang mengahadapi masalah HB rendah..bila tiba masa kene checkup itu yang paling merisaukan..bile cek HB rendah..makin turun atau tak naik-naik..lagi lah stress walaupun dah makan tablet, makan sayur bayam, peria..huhuhuh..yang susah nak telan tu..hiihih..

Tapi kini, ada penyelesaiannya dengan mengambil VITELEA Shaklee..

Mari kita Ikuti kisah dari customer yang mengambil vitelea untuk tingkatkan HB..

# perkongsian dari Enna Rusti..
As slm, saya nak share pengalaman customer sy consume VITALEA merangkap senior sekolah sy.. 
"Inilah vitamin pertama yang buat saya jatuh cinta dengan Shaklee. Bulan ke 4 kehamilan saya, hb saya mula turun. Nurse mula menambah bilangan Tablet iron dari klinik dari 1 biji ke 2 biji. sayangnya tablet iron tu baunya hanyir dan menyebabkan sembelit. Bulan ke 5 hb saya turun lg.

Dan saya terpaksa check up 2x sbln..Doktor mula mencadangkan iberet. En suami mula beli iberet di farmasi.

Tapi hb masih lagi turun. 

Hinggalah sayas di perkenal Vita Lea oleh junior sek.Memang berat untuk mengambil vitamin selain dari yang di bekal di kk sebab ni anak pertama. 
Tapi saya tawakal je. Alhamdulillah, hanya 1 minggu ambil vita lea, hb saya mula naik. Hingga la check up terakhir saya sebelum bersalin, tiada lagi masalah hb."

APA ITU VITELEA-IRON?

• Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

KHASIAT UTAMA VITELEA
- penambahan tenaga segera

- kecergasan tubuh dan kekuatan mental
- membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
- Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
-Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
- Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
- Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati

SIAPA BOLEH AMBIL VITELEA?

Sesuai Untuk Wanita Hamil sbg penganti Obimin, Ibu yang Menyusu
Lelaki / perempuan Dewasa  
kanak-kanak (vitalea chewable)

 BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp 

 taip"vitelea" sertakan nama dan kawasan hantar 

ke 013-5116965 sekarang!!

 boleh juga PM/inbox sy di https://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya 

@. komen disini pn boleh

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

FREE GIFT, Jadual Pengambilan Vitamin & Konsultasi penyusuan percuma menanti anda.

Salam Seindah Ramadhan dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit




Description: Vitelea Tingkatkan HB Ibu Hamil Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Vitelea Tingkatkan HB Ibu Hamil

Pemakanan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan



Salam Ramadhan..dah seminggu rasanya tak update blog ibu idaman ni..maaf ye rakan-rakan yang sentiasa menantikan info dari SIISM..Hari ni..pagi-pagi lagi dapat perkabaran dari rakan SIISM..seorang ibu menyusu..katanya..susunye merudum bulan puasa ni..terkejut smpai gtu skali merudum..pam dapat 1 oz jer dpd biasa dapat 5 oz..apa yang SIISM boleh bantu..?

SIISM ingin kongsikan info ini untuk membantu rakan-rakan SIISM yang menyusu..Jom baca..


Pemakanan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Sahur

ESP+Milo+oat
Kurma
Madu

Menu Berbuka

Nasi Putih, Ikan, Tempe/Sup Sawi/Bayam
Kurma (sekurang-kurangnya 5 biji )
Air V-soy/Barli suam
Air suam 4 gelas selpas berbuka (cuba amalkan minum segelas air setiap setengah/1 jam)

Sebelum Tidur
ESP/Susu+milo+oat
Air kosong +madu

Berikut adalah makanan yang membantu hasil susu ibu lebih meriah daripada biasa:

1) munchy's cream crackers
2) v soy multigrain
3) masakan thai seperti kue teow kungfu, ladna,hailam & padprik
4) gardenia wholegrain
5) jacob weetameal
6) quaker oat
7) milo
8)susu
9) tempe
10) tauhu
11) sayur berwarna hijau gelap seperti ulam, sawi, kailan
12) kekacang seperti almond
13) makanan kering seperti kismis & kurma
14) makanan panas seperti halba, madu & black pepper
15) horlick
16) munchy's oat krunch
17) air suam
18)barli
19)masimo (sandwich loaf with wheat germ)
20)lobak putih + ikan bilis


Buat Ibu yang menyusu..Cuba Banyakkan makanan berasaskan bijirin gandum & soya. Ini adalah kerana kandungan susu ibu tinggi dengan karbohidrat, lemak & protein. Jadi setiap kali membeli makanan semak bahagian nutrisi makanan. Sekiranya kandungannya tinggi karbohidrat, protein & lemak ia memang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu. Yang paling berkesan ialah mana2 yamg tinggi karbohidrat.

*Elakkan minuman b’kafein,teh & ais juga kerana minuman ini mengurangkan susu ibu.

 Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.

Jika perlu suplement boleh juga mengambil vitamin sebagai mekanan tambahan untuk memastikan kita sentiasa sihat dan bertenaga. 

Ingin dapatkan 3 Milk Booster dengan harga  ISTIMEWA RAMADHAN!

 BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp 

 taip"3 MB " sertakan nama dan kawasan hantar 

ke 013-5116965 sekarang!!

 boleh juga PM/inbox sy di https://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya 

@. komen disini pn boleh

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

FREE GIFT, Jadual Pengambilan Vitamin & Konsultasi penyusuan percuma menanti anda.

Salam Seindah Ramadhan dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit





Description: Pemakanan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Pemakanan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan
Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014