Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, January 21, 2013

Cara Penyediaan & Simpanan Susu Ibu Bekerja



Salam buat ibu-ibu dan rakan2 yang sudi berkungjung ke blog SIISM ni..hari ni SIISM nk share tentang penyusuan susu ibu..Ramai yang semakin alert tentang kepentingan penyusuan ibu kan..termasuk SIISM..tapi ada juga yang tidak tahu cara nk perah n simpan susu yg kita perah tu kan bila dah nk masuk kerja kan...especially if anak sulong..(same goes to me..mse anak 1st..hihiihi..).... Perkara yang utama adalah Ibu-ibu perlu membuat perancangan dan persediaan dahulu  sebelum mula bekerja. Apa yang penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu...so, jom kita tengok apa yg perlu kita buat k.



Masa untuk mula memerah susu ibu

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.

* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.

Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.

2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

3:Pusing dan perah dari semua arah.

4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.

Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.

* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.

Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.


* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.



* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam

atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip

Jangan cairkan susu pada suhu bilik.

* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.



* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)


* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.




Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.

* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:

Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.


Hari 4-6 :

Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.


Hari 7-9 :

Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.


Hari 10-13 : 

Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.


sumber MyHealth & 
CARI Forum



DAPATKAN SET PENYUSUAN 3M DENGAN HARGA PROMOSI BULAN JANUARI INI!
- KLIK GAMBAR INI
                                                  



berminat untuk dapatkan set berpantang?klik gambar bawah ni yerr..

set lengkap bersalin /berpantang


Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja


Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit




Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014