Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, January 14, 2013

TEKNIK MENGURUT BAYI


Salam kasih salam ceria ibu2 semua..hari ni baru sempat SIISM nk share tentang teknik urutan bayi. Bayi pun kene urut ker?boleh ke urut bayi? Semestinya boleh n kene urut bayi. kajian telah mebuktikan bahawa urutan bayi setiap hari dapat meningkatkan berat bayi sebanyak 47% membina kekuatan tulang sehingga 58% meningkatkan kemahiran motor dan membawa kebaikan kepada TUMBESARAN bayi.

Mase SIISM g shoping barang bby dekat manjaku bangi..ada johnson pamerkan video utk urut bayi..then SIISM nk share lah dkat blog ni utk tatapan ibu2 semua dan juga persediaan buat mom's to-be..

Panduan teknik Urutan bayi ni SIISM ambil dari Johnson's n Johnson

1- Urutan Muka 

  • Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian dibawah bibir bayi. Ulang 3x.
2- Urutan Dada
  • Kedua2 tangan diletakkan ditengah dada bayi, tolak ke arah tepi dan mengikut susuna tulang rusuk. Gerakannya seolah2 anda meratakan muka surat buku. Gerakkan tangan disekeliling mengikut bentuk hati sehingga bahagian tengah (tanpa alih tangan dari badan bayi)
3- Urutan Tangan
  • Picit dan Putar - Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan, kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Picit dengan lembut.

4- Urutan Kaki

  • Picit dan Putar - Pegang kaki bayi, kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan. Picit dengan lembut yerr..
  • Menggulung - Pegang kedua2 kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.
5 - Urutan Perut
  • Roda Air - Dengan menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi berselang seli tangan.
  • Matahari Bulan - Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan, kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dgn tangan kanan. Ketika tangan kanan bergerak diatas, tangan kiri pula dibawah, lakukan pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
  • Berjalan - Menggunakan hujung jari, buatkan gerakan berjalan diatas perut bayi dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak di bawah jari anda.
  • Gerakan I Love U
  • I - Buatkan gerakan huruf  'i' kebawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi
  • Love - Buatkan bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan
  • U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan, sebut I Love U dgn penuh kasih sayang semasa membuat gerakan ini  ek..

note* mengurut perut ini membantu meredakan sistem urus bayi, membuang angin, melegakan sembelit.








6- Urutan bahagian Belakang 
  • Berulang Alik - Letak bayi dalam keadaan meniarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dgn bahagian atas belakang, sudut tegak pada tulang belakang. Gerallan tangan anda dari depan ke belakang pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung. Kemudian naik ke bahu.


p/s - Urutan dan belaian lembut ibu2 selama beberapa minit setiap hari membawa kepada perkembangan yang besar kepada si manja.

Boleh urut dengan menggunakan minyak Johnson Baby Oil bagi mengurangkan geseran ke atas kulit 
si manja tersayang..

Selamat Mengurut Bayi anda buat ibu2 comel semua ;)

Berminat utk dapatkan produk Promosi bulan ini?

klik DISINI





1 comment :

  1. info yg sangat b'guna :)
    terima kasih :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/01/angkuhnya-dirimu.html

    ReplyDelete

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014