Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, February 24, 2014

Jaundice Bayi..Bolehkah dielakkan?


Assalamualaikum w.b.t..

Hai dah berhabuk, bersawang dah blog Ibu Idaman ni..hehehe..mintak maaf ye rakan-rakan semua..Ibu Idaman ni baru sihat..Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki...My Love Iman bakal dapat adik tahun ni..ameen..=)

Hari ni terasa rajin nak update..hehehe..Alhamdulillah..ramai rakan-rakan Ibu yang bersalin baru-baru ni..tapi rata-ratanya bila tanya anak jaundice ke..kebanyakannya jawab 'ya'...ibu pun risau jgak dengan preggy kali ni..sebolehnya kita tak nak la kan..Alhamdulillah Nur Iman dulu xde jaundice langsung..sampai nurse pun naik heran..semuanya rezeki dari Yang Maha Esa..Alhamdulillah..lpas2 tu baru teringat apa yang Ibu amalkan ye mase tu.....

Bila kandungan masuk 7 bulan lebih..Ibu mula amalkan minum susu kambing 2 paket sehari..habis je susu kambing hi goat tu, Ibu beli susu kambing kurma madu keluaran Yusmira (macam dalam gambar )..pastu kurma memang makan lah kebetulan bulan puasa..hihiih..mungkin ni salah satu faktor Nur Iman tak kena kuning..Syukur Ya Allah..






Hari ni timbul kesedaran rasa nak kongsi dengan rakan-rakan..ramai plak geng-geng yang preggy tahun ni....cari punya cari..Ibu terjumpa artikle mengenai jaundice ni dari seorang ustaz. Jom kita baca sedikit perkongsian Ilmu dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus ni......

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atah Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.  Alhamdulillah, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari meraka yang di'hinggapi' dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak 'Ajabi, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Sedikit perkongsian dari Ibu dan Ibu ambil dari Ustaz Wan ni..harap bermanfaat untuk semua..Jom kita amalkan sama-sama..semoga Ibu, Bakal Ibu dan Bayi sihat sentiasa..ameen..

Description: Jaundice Bayi..Bolehkah dielakkan? Rating: 4.5 Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Jaundice Bayi..Bolehkah dielakkan?
Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014