Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, April 22, 2013

Tips Menyusu di Tempat Awam

As-salam buat semua rakan-rakan SIISM..Hari ni SIISM ingin kongsikan satu cerita pengalaman SIISM baru-baru ni..Sabtu yang lepas..aku dan rakanku menapak dari Putrajaya ke Klang menaiki ERL transit & Komuter ke Teluk Gadong Klang..

Nak di jadikan cerita..masa dalam komuter..adela satu pasangan ni yang mempunyai anak kecil, berumur dalam lingkungan 6-7 bulan mungkin...Ibu & ayahnya nampak muda je lagi...barangkali dalam 20-an...pandai-pandai jer teka...hiihihi..

Pada mulanya tiada masalah..nampak happy jer diorang melayan anak yang comel itu..hinggalah satu ketika anak itu menangis dan menangis tak makan pujuk..lalu ku ringankan mulut bertanya..

Aku : Kenapa? bb lapar ker?
Ibu bb : bb nak nyusu..breasfead..
Aku : ooo...bagila..bb laparla tu..ade bawak selendang x?
Ibu bb : tak de..xpela..

Dalam hati ku..alahai..ibu muda ni..mungkin tak biasa..and malu nk menyusu anak di tempat awam kan?
Ibu-Ibu Idaman pernah alami situasi ini?

tidak berakhir disitu..lalu ku menyuruh si ibu tadi..ke sit depan yang kurang orang dan agak terlindung..ambillah towel anak untuk tutup....jika tiada selendang...

Jom kita kongsikan tips penyusuan di tempat awam 




1. Pakailah pakaian yang sesuai untuk penyusuan.
Sekarang ni terdapat banyak pilihan nursing wear atau baju menyusu, dari tradisional hinggalah gaya moden. 
Sesuai untuk ibu Muslimah menyusukan anak di mana saja.

cth bju menyusu
2. Gunakan nursing cover 
Kain yang berbentuk umpama apron yang digunakan untuk menutup ruangan menyusu sewaktu sesi penyusuan di tempat awam.

3. Gunakan bilik menyusu yang disediakan
Sesetengah shopping complex menyediakan bilik menyusu untuk ibu-ibu menyusukan anak mereka. Antara shopping complex di Kuala Lumpur dan selangor yang menyediakan nursing room:
  • Suria KLCC, Kuala Lumpur
  • Ikea, Mutiara Damansara
  • Cawangan Jusco
  • Cawangan Parkson
  • Alamanda, Putrajaya
  • Sogo, Kuala Lumpur
  • ...dan banyak lagi kompleks membeli-belah yang menyediakannya untuk kemudahan ibu menyusu.

4. Minta kerjasama dari suami
Keizinan suami penting untuk menyusukan anak di mana-mana lokasi. Jadi mintalah suami menjadi 'pelindung' sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

5. Gunakan alat gendong bayi yang sesuai untuk penyusuan
Kini terdapat alat gendong bayi yang sesuai untuk menyusukan bayi secara terus. Malah lebih mudah, anda boleh lakukannya dengan berjalan!

6. Just do it!
Tak perlu pening-pening kepala.. Penyusuan susu ibu sepatutnya memudahkan dan dibanggakan. Jadikan ia mudah di mata anda dan di mata semua orang, bahawa penyusuan susu ibu adalah yang terbaik!

Yakin boleh untuk menyusukan anak di tempat awam (jaga aurat ya!), yang penting JANGAN SUSUKAN ANAK DALAM TANDAS PULA YERRR! 


SIISM ucapkan..Selamat Menyusu Buat Ibu-Ibu Idaman yang Menyusukan anak..Setiap Pengorbanan Anda akan dibayar oleh Yang MAHA KUASA..AMEEN ..




Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014