Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Friday, August 23, 2013

Tips Persediaan Penyusuan


Sebagai ibu menyusu,  kita kena bersedia terutama untuk ibu berpuasa. Di bawah ini adalah beberapa tips persediaan yang saya kongsikan. Ini berdasarkan pengalaman, titipan untuk kawan-kawan di luar sana..

1.             STOK - Jika anda ibu menyusu yang banyak stok, Alhamdulillah, mungkin boleh cover jika kekurangan stok di bulan puasa. Jika tidak, sekarang kita kenalah mengira2x stok EBM kita, agak2x boleh cover tak? Kalau tak boleh, belum terlewat untuk buat stok. Power pumping, kerapkan mengepam, curi mngepam time tido, especially di waktu pagi atau buat tandem: pam sebelah, anak menyusu sebelah. Itu adalah cara yg saya gunakan untuk buat stok. dapat extra 4 oz sehari pun tak apa, sikit-sikit lama akan jadi bukit. yang penting kita BERSEDIA!

2.         MAKANAN BEKHASIAT - BY hook or by crook..Ibu menyusu kena amik makanan yang berkhasiat! Tak boleh tidak. Ibu menyusu sama je dengan ibu yang hamil. Keperluan kalori kita lebih kurang. So pastikan ambil makanan berkhasiat terutama yang kaya dengan protein dan kalsium, supaya ia boleh juga menambah susu badan kita.

3.        MAKANAN TAMBAHAN / SUPPLEMEN /MILK BOOSTER - Saya percaya dengan milk booster seperti fenugreek, tempe, longan kering, pegaga, soya dan susu segar yang 'menjadi' dengan badan saya. Saya juga konsisten dengan pengambilan vitamin, bukan sebagai milk booster, tetapi sebagai mekanan tambahan untuk memastikan saya sentiasa sihat dan bertenaga. Jika bepuasa pun, makanan tambahan, supplemen dan milk booster harus ada dalam menu semasa berbuka dan bersahur untuk ibu menyusu.

4.    MENTAL -  memanglah ada rukhsah untuk ibu2x yg menyusu, boleh untuk tidak berpuasa Ramadhan, jika kita memudaratkan kesihatan anak kita. Itu sangat relevan untuk baby yg berumur 6 bulan ke bawah. Tapi jika anak kita sudah makan, mereka tidak bergantung kpd susu badan semata. So, kita boleh berpuasa tetapi ini bukan alasan untuk kita bagi  anak formula milk sbb kita berpuasa. Sebab itu, kata kunci nya ialah supaya kita BERSEDIA, even kita puasa pun, ibu menyusu kena make sure badan berupaya menghasilkan susu, mungkin kuantitinya sedikit drop, sbb kita tidak makan dan mungkin keletihan. Dahaga memang akan terasa, tapi itulah namanya puasa.. Nikmat yg kita akan dapat yg Allah janjikan: (1) Kegembiraan semasa berbuka (2) Kita boleh masuk syurga ikut mana2x pintu yang kita nak, boleh dijadikan motivasi. Ini janji Allah S.W.T.

5.        MENU BERBUKA/SAHUR - Menu berbuka dan bersahur kena di rancang.. Biar seimbang dan ada elemen2x yang boleh memberi tenaga dan pemangkin penghasilan susu. Air masak kena cukup, walau kita hanya minum di malam hari. Untuk ibu menyusu yang biasa mengambil supplemen, jadual pengambilan akan berubah. Nanti saya kongsikan supplemen mana yang perlu dimakan semasa berbuka, bersahur dan sebelum tidur. Biasanya, sebelum ramadhan, saya dah siapkan menu berbuka dan bersahur untuk sebulan. Siap meeting awal2x dgn suami.  Bukan payah pun, plan untuk sepuluh hari, then rotate je lah balik menu tu. Resepi di hujung jari je. So, takyah pening2x kepala.

6.    DOA/TAWAKKAL - sebagai umat islam inilah senjata kita. Susu yang terhasil dari badan adalah rezeki dari DIA YANG MAHA PEMURAH. So, walau apa usaha kita pun, kebergantungan kita hanya kepada Allah sahaja. Berdoalah supaya kita menghasilkan susu walau berpuasa, kita masih bertenaga untuk menyusukan, anak kita cukup susu di hari kita berpuasa dan usaha kita untuk ,menyusukan anak sehingga 2 tahun ini berjaya walau apa jua halangan dan rintangan. Bagi saya, puasa bukan rintangan, puasa bukan halangan untuk ibu menyusu, kita akan berjaya jika kita BERSEDIA!   Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan zikir 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.

Bagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah susu merudum atau stok susu semakin berkurang, jangan segan pm saya untuk dapatkan suplement milk booster.

boleh lihat & KLIK DISINI

 boleh juga PM/inbox sy di https://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya 

@. komen disini pn boleh

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

Salam Ceria dari SiiSm,
Ameerah Zulfa
ID 910538

Description: Tips Persediaan Penyusuan Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: Tips Persediaan Penyusuan
Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014