Salam buat ibu-ibu dan rakan2 yang sudi berkungjung ke blog SIISM ni..hari ni SIISM nk share tentang penyusuan susu ibu..Ramai yang semakin alert tentang kepentingan penyusuan ibu kan..termasuk SIISM..tapi ada juga yang tidak tahu cara nk perah n simpan susu yg kita perah tu kan bila dah nk masuk kerja kan...especially if anak sulong..(same goes to me..mse anak 1st..hihiihi..).... Perkara yang utama adalah Ibu-ibu perlu membuat perancangan dan persediaan dahulu sebelum mula
bekerja. Apa yang penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk
memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu...so, jom kita tengok apa yg perlu kita buat k.
Masa
untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula
bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas
selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di
bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke
dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia
lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali
penyusuan.
* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian
label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di
dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian
sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah
selama 3 bulan.
![]() |
Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan. |
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi
anda.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada
bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam
atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip
Jangan cairkan susu pada suhu bilik.
* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau
menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
* Suhu susu yang
sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan
tangan(wrist)
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam
masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh
dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum
anda kembali bekerja.
* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
![]() |
Hari 1-3 :
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada
bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu
ibu.
Hari 4-6 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu
sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu
pada waktu-waktu yang lain.
Hari 7-9 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu
sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu
susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10-13 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu
siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
sumber MyHealth & CARI Forum |
![]() |
set lengkap bersalin /berpantang |
Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©
Shaklee ID : 901538
©
SMS : 013-5116965
©
Emel : siism.biz@gmail.com
©
Add Fb : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©
Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
Anda akan mendapat
JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian
anda dengan meera di SIISM..;)
*Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


