Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Wednesday, January 30, 2013

Kebaikan Penyusuan Ibu




Nurse : Nanti dah bersalin nak bagi bb susu apa?
             aku     : Ntahla..xtaulagi..S26 ker, anmum ker..duk pk lagi
     Nurse : Habis tuuu yang kat badan tu xnak bagi ker?
                 aku:Eh! NAK!..igtkan nurse tny utk bile dah kerja..hehehehhe

Ade tak ibu-ibu yang mengalami situasi mcm saya ni? Alamak! kantoi sudah jawab mcm tu dekat Nurse mase g check up dlu..hihiihihih..mase tu tak terfikir pula nak bagi ASI sepenuhnya..tapi dalam kepala semestinya nk bg susu ibu kan dkat bb...Ibu-Ibu semua tau kan susu ibu adalah TERBAIK! untuk si manja..tapi mungkin ada juga ibu-ibu yang tidak menyedari sebenarnya Penyusuan Ibu memberi  kebaikan kepad bayi dan juga ibu ..Jom kite baca dibawah ini.

BILA PENYUSUAN IBU BERMULA?
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sejak dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga si manja berumur 2 tahun.


Manakala makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.


Ini bermakna...dari lahir hingga umur 6 bulan, si manja:-
♥ Diberi susu ibu sahaja
♥ Tidak perlu air atau susu tambahan
♥ Tidak perlu makanan pelengkap


KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI
♥ Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
♥ Mempunyai komposisi nutrien yang cukup dan suhu yg sesuai
♥ Elak risiko kurang zat makanan, cirit-birit

♥ Mengurangkan risiko pd alahan

♥ Perkembangan IQ simanja lebih tinggi
♥ kurang masalah pergigian
♥ Menggalakkan tumbesaran
♥ Penghadaman yang mudah


KEBAIKAN PENYUSUAN UNTUK IBU

Jika ibu-ibu menyusu si manja..secara tak langsung ibu-ibu juga dapat kebaikan bersama..antaranya:-



♥ Dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan

♥ Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak (bonding)
♥ Mengurangkan risiko payudara dan ovari
♥ Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
♥ Menjimatkan masa dan wang
♥ Mudah dan tidak perlu disediakan



Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page    : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
©       Blog                : http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit








Description: Kebaikan Penyusuan Ibu Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: Kebaikan Penyusuan Ibu

Tuesday, January 29, 2013

Set J- Trimester 2


SIISM ingin kongsikan vitamin -vitamin shaklee yang boleh diambil untuk ibu hamil untuk trimester ke-2..iaitu dari 6 bulan hingga melahirkan. Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang lain, jadi tidak hairan jika ibu hamil diberikan suplemen. Ini bukan sahaja untuk kandungan tetapi juga mengelakkan risiko semasa kelahiran. 

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
 B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Energizing Soy Protein (ESP) - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Untuk ESP..add ON jika ada bajet K.. =)

* Perlukah ibu hamil mengambil vitamin seperti obimin dan asid folik bersama vitamin shaklee ini?

TIDAK PERLU! kerana keperluan ibu hamil sudah dicukupkan oleh Vitelea dan B-complex.

Testimoni Pengguna: 

Nur  saya nak share, esp sgt best la.. selain beri tenaga, ia juga baik utk kulit ibu dan baby.. mcm saya, mmg jelas kulit saya x berminyak, jerawat xde, cuma parut jela takleh hlg kat muka, pastu saya xde gatal2 kat celah peha mcm masa anak sulung.. pastu anak kedua saya lahir dgn kulit putih bersih.. sgt2 bersih la, xde ngelupas ke pape.. sampaai skrg ramai geram dgn kulit dia.. dah la debab

Batrisya Saya pun lg2 ostematrix lain btl kesannya bgn pg x liat b4 this kalau brg atas toto i punya punggung sakit mcm x leh angkat bila amik oste tu x dak pun rasa gtuh shaklee mmg best amik la x rugi pun i amik pil kalsium er klinik swasta x sama kesan nya oste jg yg best

Eyna sy ambil full set eu four pack + esp....sbb dulu cr supliment just nak naikkan HB yg low giler...8.5 je mse 5 bln preggy....lpas ambil shaklee ni HB pn da normal bdan pn rse sihat je...semua org ckp "ko ni na....boyot2 pn rjin lg wat kek n kuih"...ngeeee....antibodi pun kuat...suami n ank sy demam + batuk..alhamdulilah sy x berjangkit pun...risau jga mula2....yg bonusnya sy bru prasan yg rmbut da x gugur sgt...time sikat je ade 2-3 hlai yg gugur...klu x sblm ni ni tdo pun pnuh kt bntal rmbut....2 yg pling sy suka...hehhehehe

DAPATKAN SET PENYUSUAN 3M DENGAN HARGA PROMOSI BULAN JANUARI INI!

sila klik pada gambar
Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
©       Blog                : http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Description: Set J- Trimester 2 Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: Set J- Trimester 2

Monday, January 28, 2013

Tips Rawat Bayi Sembelit




Tak sampai hati sangat tengok simanjaku iman menangis2 nk uuk..coz sembelit..sedihnye tgk die menangis2 smbil peluk ibu kuat2..tp xkuar2 jgak....then..hr ni SIISM nak sharelah  info mcmaner nk rawat bayi sembelit..alang2 dah praktik dkat si manjaku..bleh la share dgn ibu2 lain jgak..

jom kite tengok ape perlu buat if anak2 kite sembelit..

Urut perut
- Urut lembut2 perut anak kite ikut arah jam tau..boleh guna krim atau minyak bayi..mera gunakan minyak mastika bayyini dengan minyak kayu putih..(bergantung pd bayi korang ek) 
*saya xputus2 urut perut iman, gilir2 ngn husb n kakak jgak..;)

Urut kaki
- urut kaki bayi kite lembut2 mcm gaya kayuh basikal. Gerakan ini boleh membantu bayi melancarkan sistem pencernaan utk atasi sembelit tu... (jemput baca teknik urut bayi disini)

Mandikan 
- dengan memandikan bayi..die akan rase lebih segar.  proses ini boleh tenangkan bayi dan bantu utk keluarkan najis lebih mudah. Boleh juga sapu jelly di bahagian anus.(better mandikan dengan air swam)
*smlm pn mera mandikan iman mase die susah nk berak..lpas tu die ok sket..

Makan Buahan & Sayuran
- Petua orang tua kate utk mslah sembelit bagi makan pisang. - memandangkan hr sudah mlm, kat umah xde bekalan pisang..mera bagi iman makan rambutan..boleh la jgak utk lawaskan perut die.
- ada yang bagi suggestion bagi makan buah2 yang start dengan huruf p contoh Prune, Plum, Pumpkin, Peas, Pear, Papaya.
- Boleh juga bagi makan kurma (samada blend/ rendam dlm air..bagi minum air kurma)

Air Zam-Zam
- Buatla stok air zam zam dkat umah..saya bagi minum anak air zam-zam..alhamdulillah..kurangdah sembelit die..yela..air zam zam kan penawar..kita ikhtiarlah utk kesihatan anak kita kan..

Jumpa Pakar
- kalau anak ibu-ibu alami situasi yg kritikal, cepat2 la jumpa pakar kesihatan..tkut nnt merebak pula...jangan tunggu anak2 sampai berak berdarah baru nk jumpa doktor yerrr...

Alhamdulillah..hari ini iman dah berak ok..xsembelit macam semalam dah..peringatan untukku bagi iman makan byk buahan dan sayuran..;)

kalau korang ade petua2 lain nak tokok tambah..sila la komen yer..sape yang stju ngn cadangan mera kat atas ni bleh la like ek..TQ




DAPATKAN SET PENYUSUAN 3M DENGAN HARGA PROMOSI BULAN JANUARI INI!

KLIK GAMBAR INI 


Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com / ameerazulfa@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja


Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit



Description: Tips Rawat Bayi Sembelit Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: Tips Rawat Bayi Sembelit

PENGUMUMAN PENTING!

Terlebih dahulu siism nk ucapkan jutaan terima kasih kepada customer siism yang dh order Set Penyusuan 3M ni..dan pada hari ini siism nk maklumkan bahawa promosi di lanjutkan selama 3 hari lagi sehingga 31/1/2013 bersempena hari wilayah ini..

Kepada rakan-rakan yang belum mengetahui tentang Set Penyusuan 3M ni, rakan-rakan semua boleh baca di sini. (klik gambar)
Info Selanjutnya (klik gambar)

CEPAT!! CEPAT!! SELAGI PROMOSI MASIH ADA....

Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
©       Blog                : http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM.;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Description: PENGUMUMAN PENTING! Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: PENGUMUMAN PENTING!

Saturday, January 26, 2013

Tips Power Pumping

Sebagai ibu menyusu, kita tidak dapat lari dari masalah susu merudum. Ia mungkin berpunca dari sikap kita sendiri samada cara pengambilan makanan yang tidak seimbang, pengambilan air kosong yang kurang (ibu menyusu perlukan 3L air kosong setiap hari). Atau mungkin juga kerana ibu-ibu dibebani masalah, sentiasa stress atau tidak tenang sewaktu mengepam,fikiran bercelaru, emosi tidak stabil, tidak sihat, badan yang sentiasa letih hingga tidak bersemangat untuk mengepam. Jika ibu-ibu mengalami masalah yang sedemikian, ibu-ibu haruslah tangani nya segera demi kepentingan si manja tersayang.

Disini SIISM nk kongsikan tips mudah utk banyakkan penghasilan susu ibu. Adakah Ibu-ibu pernah dengar  tentang TEKNIK POWER PUMPING?

Apa itu Power Pumping?
Bagi yang tidak pernah mendengar, power pumping adalah salah satu teknik mengepam yang boleh membantu ibu-ibu tingkatkan penghasilan susu.  Teknik ini adalah merupakan sesi perahan intensif selama satu jam.

Bagaimana Caranya untuk melakukan Power Pumping?
ok, power pumping ini terbahagi kepada 2 cara :-
1) Single Pump - pump breast kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, then rehat 10 minit (lakukan berulang kali sehingga 1 jam)
2) Double Pump - pump kedua-dua breast secara serentak juga selama 10 minit dan berehat 10 minit kemudian sambung lagi 10 minit (ulang hingga 1 jam)

Masih keliru cara nak pump? Jom tengok jadual ni..
SIISM bagi contoh la ibu -ibu nak start jam 5 pagi..contoh jer k..

Pump Pertama - 5.00 - 5.10 am
Rehat Pump    -  5.10-5.20 am
Pump Ke-2    -  5.20 - 5.30 am
Rehat Pump   -  5.30 - 5.40 am
Pump Ke-3   -  5.40 - 5.50 am
Rehat Pump  -  5.50 - 6.00 am

Dah nampak kan macamaner..boleh jer if ibu-ibu nak tambah hingga 4 kali pam..=) Biasenye hasil pam ni boleh cecah 5-6oz, TAPI...harus diingatkanlah..setiap orang lain2 kan..so, hasil pun lain-lain yer...


Dah Siap Pump..Macamaner nak simpan?
Tahniah! Ibu-Ibu dah berjaya melakukan teknik Power Pumping..
Sekarang kita nak simpan hasil perahan..caranya..sejukkan setiap hasil /bekas perahan dalam peti sejuk terlebih dahulu ( sekitar 1-1.30 jam) bagi memastikan setiap susu mempunyai suhu yang sama dan sekata, kemudian barulah boleh dicampurkan semua hasil perahan tadi ke dalam satu bekas untuk disimpan di bahagian peti asi (bahagian atas)

* sementara masa rehat nk tunggu pam ke-2, ke-3 tu..boleh jer masukkan corong pam tadi dalam peti, xperlu basuh..(asalkan jangan masukkan mesinnya sekali udohlerr....)

Bila Waktu Paling Sesuai untuk buat Power Pumping?
Dicadangkan pada waktu tengah malam hingga subuh / sebelum tido..kerana hormon prolaktin (hormon susu) ibu adalah sangat tinggi pada waktu ini.
Bergantung kepada keselesaan ibu-ibu dan waktu yang sesuai.
Apa yang perlu ditekankan adalah ibu-ibu perlu melakukan teknik PP ini dalam keadaan tenang dan terkawal.  Jika kurang stress, hormon oksitoksin juga mudah keluar.
Dinasihatkan ibu-ibu masukkan sesi PP ini dalam jadual seharian Pengepaman. Insya-Allah, mudah-mudahan hasil susu perahan ibu-ibu akan meningkat perlahan-lahan.

Berapa lama perlu buat Power Pumping?
Ibu-ibu harus maklum bahawa hasil perahan setiap ibu tidak sama, malah mungkin ada sesetengah ibu tidak dapat hasil seperti yang diinginkan pada 1-2 hari pertama. Jadi, berilah masa untuk diri sendiri juga untuk dapatkan hasil yang lumayan, ditambah pula dengan berkat kesabaran, tidak give-up, berdoa memohon agar dipermudahkan -NYA...Teruskan misi pump dan tekad dalam hati. ;) Selamat Mencuba =)

Apa yang SIISM boleh katakan, power pumping ini adalah untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlah yang kita dapat masa pump hanyalah titik-titik susu/ angin jer tanpa sebarang hasil, itu tidak mengapa..yang penting adalah niat dan kemahuan kita disamping berusaha, berdoa dan bertawakkal utk tingkatkan penghasilan susu khas buat si manja tercinta..kan kan?

Jika ibu-ibu berminat untuk dapatkan supplement untuk Penyusuan, boleh hubungi kami/PM kami..dapatkan sekarang sementara masih Promosi!!

PROMOSI BULAN JANUARI 2013 - SET PENYUSUAN 3 M

ATAU BOLEH KLIK PADA GAMBAR INI



DAPATKAN SET PENYUSUAN 3M DENGAN HARGA PROMOSI BULAN JANUARI INI!

Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com / ameerazulfa@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja


Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit




Description: Tips Power Pumping Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: Tips Power Pumping

Thursday, January 24, 2013

KEKAL LANGSING DENGAN SET 3 M




SUSU LEBIH CEPAT DIHASILKAN, PEKAT DAN BERKHASIAT.
IBU KEKAL CERGAS & BERTENAGA
KULIT CANTIK DAN BERSERI SERI  - BONUS IBU KEKAL LANGSING


Saban hari pasti ada permintaan dari kalangan ibu menyusu yang inginkan supplemen bagi membantu melancarkan penyusuan utk si manja kesayangan.

SET Tripple M lengkap dengan 6 jenis supplement hasil gabungan vitamin untuk kesihatan ibu serta anak dan juga milk booster.

Set Penyusuan Lengkap ini Mengandungi :- 

1 . ESP mencantikkan kulit disamping memberi tenaga serta sebagai penggalak susu

2. Vitalea (multivitamin) meningkatkan tahap imunisasi badan 

3. Bcomplex lengakap dengan asid folic dapat mengawal stress dan memberi tenaga

4. Ostematrik(kalsium) mengatasi lenguh lenguh, sakit pinggang juga sbg milk booster 
5. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria
BONUS : membantu membakar lemak (utk pelangsingan badan bg ibu) 

6. Alfalfa mengatasi masalah keputihan dan sebagai perapat serta milk booster

Lihat Testimoni ini


Perkongsian dari Puan Hanis
Assalammualaikum...
Alhamdulillah...
Saya nak share pengalaman consume set 3M ketika bulan puasa ramadhan yang lepas. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat puasa penuh sebulan! dan dalam masa yg sama tiada masalah untuk susukan baby. Ibu-ibu tau la kan baby boy kalau menyusu mcm mana..Dan saya bole totally direct bf baby! Bila petang masih boleh masak utk berbuka dan malam masih boleh solat terawih tanpa gagal. Syukur Alhamdulillah.. Now happy sebab tak perlu ganti puasa.hehe.. Penangan vit2 Shaklee terutama ESP sungguh AMAZING!




" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya". Subhanallah...

DAPATKAN SET INI DENGAN HARGA PROMOSI BULAN JANUARI INI!
Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com / ameerazulfa@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja


Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Description: KEKAL LANGSING DENGAN SET 3 M Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: KEKAL LANGSING DENGAN SET 3 M

PROMOSI HEBAT SET 3 M





Hari baik bulan baik ni SIISM lancarkan PROMOSI 3 HARI untuk Set Penyusuan 3 M.  Pada rakan-rakan yang tidak tahu apa itu set 3 M, biar SIISM explain.

Set Penyusuan 3 M adalah:
  • Making More Milk
  • Mom's Marvellous Milk
  • Making Mommylicious Milk
Klik Button dibawah untuk melihat TESTIMONI



Set ini sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.  Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 L sehari.  Maka set ini dapat membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Ibu yang sesuai mendapatkan set ini?
- set ini paling sesuai utk ibu yang mempunyai stok yang sedikit.
- Sesuai untuk ibu yang baru mula nak menyimpan stok (terutama sewaktu berpantang)
- Paling sesuai untui ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation 
- contoh - Ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini + bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu + tips penyusuan dari SIISM..
- Insya-ALLAH penyusuan boleh dimulakan kembali dengan syarat ibu kuat berusaha + tidak berputus asa.


CEPAT! CEPAT! CEPAT! FIRST COME FIRST SERVE!
CEPAT DAPATKAN HARGA PROMOSI YANG TERBAIK DARI SIISM!


Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja


Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit



Description: PROMOSI HEBAT SET 3 M Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: PROMOSI HEBAT SET 3 M

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 H

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Kini, sambutan Maulidur Rasul pada telah memasuki tahun 1434 Hijrah pada 23 Januari 2013 Masehi (Khamis).  Sambutan tetap diadakan tiap tahun dan aku menunggu saat perarakan (hubby)ku sebentar lagi dari wisma tani hingga ke Masjid Putra. Sama-samalah kita manfaatkan hari yang mulia ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat dan perkara yang berfaedah.;)


Sejarah Maulidur Rasul
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab bermakna (kelahiran Rasul) dimana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.  Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masehi. Dari (hadith Riwayat Muslim), hari kelahiran Nabi ini adalah pada hari Isnin.  Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta. 

Lazimnya umat Islam seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW pada setiap tahun dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.  


Kelebihan Bulan Rabiulawal kepada Umat Islam
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia.  Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).

Menurut ulama, perbuatan berpuasa pada hari isnin itu hukumnya Sunat, bukan Wajib. Dan tidak semestinya meraikan Maulidur Rasul hanya dengan berpuasa sunat, tetapi boleh juga mengerjakan ibadah-ibadah sunat lain seperti membaca Al-Quran, memperbanyakkan selawat, bercerita @ mendengar kisah Nabi Muhammad SAW, kemuliaannya disisi ALLAH SWT, bersedekah kepada fakir miskin, mebuat jamuan makan dan lain-lain ibadah sunat yang dipandang baik disisi syarak.

Puasa Sunat Maulidur Rasul

عَنْ أَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِىِّ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الاِثْنَيْنِ فَقَالَ « فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَىَّ ».
Ertinya:
Daripada Abu Qatadah al-Anshori r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai amalan baginda berpuasa pada hari Isnin. Lalu Baginda menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan diturunkan kepadaku (al-Qur’an). (Riwayat Muslim)


   Perbuatan berpuasa ini dilakukan semata-mata kecintaan mereka terhadap Baginda s.a.w. melebihi manusia lain.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ » .
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak dikira beriman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintainya berbanding dengan ibu bapa mereka dan anak-anak serta seluruh umat manusia. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 



Marilah kita berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.



Description: Salam Maulidur Rasul 1434 H Rating: 4.5 Reviewer: ameerah zulfa - ItemReviewed: Salam Maulidur Rasul 1434 H
Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014