Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, January 14, 2013

Kaedah Penyusuan Ibu yang Betul


Ramai ibu-ibu sedari akan kepentingan memberi susu ibu kepada bayi mereka.
Namun ramai juga yang tidak mengetahui cara atau teknik penyusuan yang betul agar anak mendapat susu sebaiknya.

pada entry kali ni saya akan kongsikan gambar-gambar agak 18SX..jadi yg malu2 tu..buat2 pejam sbelah mate la yerr..Nak kongsi ilmu..ape salahnye kannn...

Teknik penyusuan yang BETUL

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:POSISI YANG BENAR


* Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.

* Pastikan kepala dan badan bayi lurus.

* Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.

* Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.

-Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.

-Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)

PELEKAPAN
  • Sentuh mulut bayi dengan puting anda. Tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas.
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

TANDA-TANDA PELEKAPAN YANG SALAH

Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.


Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

* Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
* Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
* Payu dara mungkin bengkak.
* Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.

PENILAIAN SAMADA BAYI MENYUSU DENGAN BETUL
* Mulut bayi terbuka luas.
* Dagu bayi menyentuh payu dara.
* Bibir bawah bayi bergulung keluar.
* Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
* Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
* Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayimelekap dengan betul.
 
Petunjuk:
1. Puting
2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
3. Lidah bayi.
4. Payu dara.
5. Tekak bayi.

"Selamat Menyusu buat ibu-ibu dan bakal ibu untuk si manja tersayang"


.
DAPATKAN SET PENYUSUAN 3M DENGAN HARGA PROMOSI BULAN JANUARI INI!

klik gambar ini



Untuk melihat testimoni Klik DISINI

Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
©       Blog                : http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit



Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014