Sebagai ibu menyusu, kita tidak dapat lari dari masalah susu merudum. Ia mungkin berpunca dari sikap kita sendiri samada cara pengambilan makanan yang tidak seimbang, pengambilan air kosong yang kurang (ibu menyusu perlukan 3L air kosong setiap hari). Atau mungkin juga kerana ibu-ibu dibebani masalah, sentiasa stress atau tidak tenang sewaktu mengepam,fikiran bercelaru, emosi tidak stabil, tidak sihat, badan yang sentiasa letih hingga tidak bersemangat untuk mengepam. Jika ibu-ibu mengalami masalah yang sedemikian, ibu-ibu haruslah tangani nya segera demi kepentingan si manja tersayang.
Disini SIISM nk kongsikan tips mudah utk banyakkan penghasilan susu ibu. Adakah Ibu-ibu pernah dengar tentang TEKNIK POWER PUMPING?
Apa itu Power Pumping?
Bagi yang tidak pernah mendengar, power pumping adalah salah satu teknik mengepam yang boleh membantu ibu-ibu tingkatkan penghasilan susu. Teknik ini adalah merupakan sesi perahan intensif selama satu jam.
Bagaimana Caranya untuk melakukan Power Pumping?
ok, power pumping ini terbahagi kepada 2 cara :-
1) Single Pump - pump breast kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, then rehat 10 minit (lakukan berulang kali sehingga 1 jam)
2) Double Pump - pump kedua-dua breast secara serentak juga selama 10 minit dan berehat 10 minit kemudian sambung lagi 10 minit (ulang hingga 1 jam)
Masih keliru cara nak pump? Jom tengok jadual ni..
SIISM bagi contoh la ibu -ibu nak start jam 5 pagi..contoh jer k..
Pump Pertama - 5.00 - 5.10 am
Rehat Pump - 5.10-5.20 am
Pump Ke-2 - 5.20 - 5.30 am
Rehat Pump - 5.30 - 5.40 am
Pump Ke-3 - 5.40 - 5.50 am
Rehat Pump - 5.50 - 6.00 am
Dah nampak kan macamaner..boleh jer if ibu-ibu nak tambah hingga 4 kali pam..=) Biasenye hasil pam ni boleh cecah 5-6oz, TAPI...harus diingatkanlah..setiap orang lain2 kan..so, hasil pun lain-lain yer...
Dah Siap Pump..Macamaner nak simpan?
Tahniah! Ibu-Ibu dah berjaya melakukan teknik Power Pumping..
Sekarang kita nak simpan hasil perahan..caranya..sejukkan setiap hasil /bekas perahan dalam peti sejuk terlebih dahulu ( sekitar 1-1.30 jam) bagi memastikan setiap susu mempunyai suhu yang sama dan sekata, kemudian barulah boleh dicampurkan semua hasil perahan tadi ke dalam satu bekas untuk disimpan di bahagian peti asi (bahagian atas)
* sementara masa rehat nk tunggu pam ke-2, ke-3 tu..boleh jer masukkan corong pam tadi dalam peti, xperlu basuh..(asalkan jangan masukkan mesinnya sekali udohlerr....)
Bila Waktu Paling Sesuai untuk buat Power Pumping?
Dicadangkan pada waktu tengah malam hingga subuh / sebelum tido..kerana hormon prolaktin (hormon susu) ibu adalah sangat tinggi pada waktu ini.
Bergantung kepada keselesaan ibu-ibu dan waktu yang sesuai.
Apa yang perlu ditekankan adalah ibu-ibu perlu melakukan teknik PP ini dalam keadaan tenang dan terkawal. Jika kurang stress, hormon oksitoksin juga mudah keluar.
Dinasihatkan ibu-ibu masukkan sesi PP ini dalam jadual seharian Pengepaman. Insya-Allah, mudah-mudahan hasil susu perahan ibu-ibu akan meningkat perlahan-lahan.
Berapa lama perlu buat Power Pumping?
Ibu-ibu harus maklum bahawa hasil perahan setiap ibu tidak sama, malah mungkin ada sesetengah ibu tidak dapat hasil seperti yang diinginkan pada 1-2 hari pertama. Jadi, berilah masa untuk diri sendiri juga untuk dapatkan hasil yang lumayan, ditambah pula dengan berkat kesabaran, tidak give-up, berdoa memohon agar dipermudahkan -NYA...Teruskan misi pump dan tekad dalam hati. ;) Selamat Mencuba =)
Apa yang SIISM boleh katakan, power pumping ini adalah untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlah yang kita dapat masa pump hanyalah titik-titik susu/ angin jer tanpa sebarang hasil, itu tidak mengapa..yang penting adalah niat dan kemahuan kita disamping berusaha, berdoa dan bertawakkal utk tingkatkan penghasilan susu khas buat si manja tercinta..kan kan?
Apa yang SIISM boleh katakan, power pumping ini adalah untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlah yang kita dapat masa pump hanyalah titik-titik susu/ angin jer tanpa sebarang hasil, itu tidak mengapa..yang penting adalah niat dan kemahuan kita disamping berusaha, berdoa dan bertawakkal utk tingkatkan penghasilan susu khas buat si manja tercinta..kan kan?
Jika ibu-ibu berminat untuk dapatkan supplement untuk Penyusuan, boleh hubungi kami/PM kami..dapatkan sekarang sementara masih Promosi!!
ATAU BOLEH KLIK PADA GAMBAR INI
Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
© Shaklee ID : 901538
© SMS : 013-5116965
© Add Fb : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
© Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera di SIISM..;)
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit