Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Kini, sambutan Maulidur Rasul pada telah memasuki tahun 1434 Hijrah pada 23 Januari 2013 Masehi (Khamis). Sambutan tetap diadakan tiap tahun dan aku menunggu saat perarakan (hubby)ku sebentar lagi dari wisma tani hingga ke Masjid Putra. Sama-samalah kita manfaatkan hari yang mulia ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat dan perkara yang berfaedah.;)
عَنْ أَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِىِّ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الاِثْنَيْنِ فَقَالَ « فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَىَّ ».
Sejarah Maulidur Rasul
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab bermakna (kelahiran Rasul) dimana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masehi. Dari (hadith Riwayat Muslim), hari kelahiran Nabi ini adalah pada hari Isnin. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Lazimnya umat Islam seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW pada setiap tahun dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Kelebihan Bulan Rabiulawal kepada Umat Islam
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).
Menurut ulama, perbuatan berpuasa pada hari isnin itu hukumnya Sunat, bukan Wajib. Dan tidak semestinya meraikan Maulidur Rasul hanya dengan berpuasa sunat, tetapi boleh juga mengerjakan ibadah-ibadah sunat lain seperti membaca Al-Quran, memperbanyakkan selawat, bercerita @ mendengar kisah Nabi Muhammad SAW, kemuliaannya disisi ALLAH SWT, bersedekah kepada fakir miskin, mebuat jamuan makan dan lain-lain ibadah sunat yang dipandang baik disisi syarak.
Puasa Sunat Maulidur Rasul
عَنْ أَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِىِّ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الاِثْنَيْنِ فَقَالَ « فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَىَّ ».
Ertinya:
Daripada Abu Qatadah al-Anshori r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
telah ditanya mengenai amalan baginda berpuasa pada hari Isnin. Lalu Baginda
menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan diturunkan kepadaku (al-Qur’an).
(Riwayat Muslim)
Perbuatan berpuasa ini dilakukan semata-mata
kecintaan mereka terhadap Baginda s.a.w. melebihi manusia lain.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ
يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ » .
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak dikira
beriman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintainya berbanding
dengan ibu bapa mereka dan anak-anak serta seluruh umat manusia. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Marilah kita berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
No comments :
Post a Comment
selamat mengomen ye...:)