Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Thursday, September 12, 2013

Nutrisi Penting Ibu Hamil


Alhamdulillah..seronok rasenyer bila diri disahkan hamil..btul x? Bile dah sah mengandung biasenye bakal-bakal ibu mula sibuk mencari supplement untuk sihat dan bertenaga disamping ingin memberikan yang terbaik utk bakal cahaya mata.
Adakah pengambilan vitamin/supplement dapat membantu?
Pengambilan vitamin ketika hamil dapat membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita hamil yang mengalami loya, muntah dan kurang selera makan terutama di awal kehamilan.  Ia juga membantu mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang, kekurangan berat badan bayi ketika dilahirkan.
Antara supplemen penting yang perlu diambil oleh wanita hamil ialah iron (zat besi), kalsium, folic asid, protin dan omega -3.

* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium -
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium mencukupi, wanita hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia yang boleh membawa maut kepada bayi yang dikandung. Ibu hamil perlukan 100mg kalsium sehari.
Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi -
Penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.  Ia membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Ibu hamil perlukan 27mg iron sehari.
Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik -
Sangat penting untuk perkembangan fizikal dan sistem saraf bayi. Ibu hamil perlukan 1mg folic asid sehari.. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal.
Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

*Omega-3 - Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Sumber omega-3 banyak didapati dalam ikan salmon, namun ikan salmon dikhuatiri dicemari merkuri akibat pencemaran sungai di US. Ibu hamil perlukan 200-300mg omega-3 sehari.
* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil

Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil


Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.


Untuk mencuba Set Hamil Shaklee sila KLIK DISINI @ 
klik gambar

boleh hubungi saya di

 Sms/wassup 013-5116965

 boleh juga PM/inbox fb saya

Klik Like Fanpage https://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja untuk dapatkan diskaun dan harga ISTIMEWA!

KONSULTASI PERCUMA untuk customer Siism sahaja sepanjang pengambilan produk ini.

 DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
 TIADA KESAN SAMPINGAN
 SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Salam Ceria dari SiiSm,





No comments :

Post a Comment

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014