Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Tuesday, September 17, 2013

Pemakanan Merancang Anak Perempuan



Pada entry yang lepas..SiiSm kongsikan mengenai jenis pemakanan untuk merancang anak lelaki..kali ni SiiSm akan share jenis pemakanan untuk merancang anak perempuan pula k..memandangkan ada rakan siism yang teringin sangat untuk dapat anak perempuan..

Kita hanya berusaha..Hanya DIA yang menentukan k..Tapi selagi boleh berusaha..kita cuba sedaya upaya kan..

MERANCANG ANAK PEREMPUAN


Pilih pemakanan yang mempunyai PH yang tinggi ataupun bersifat asid yang rendah sodium dan potasium. Manusia memerlukan persekitaran yang bersifat alkali untuk mewujudkan kromosom Y (jantina lelaki).

Apa yang perlu anda lakukan adalah makan makanan yang bertentangan dengan alkali iaitu makanan bersifat asid untuk membunuh sperma Y.

Makanan yang meninggalkan sisa asid di dalam badan adalah makanan berasaskan daging, ikan, telur, bijirin dan legum.

Antara sumber makanan 



>> Buah-buahanJagung, blueberi, prune, plum.

>> Makanan - bjirin, kraker, nasi, roti, mi ,spageti, oat, makaroni, tepung.

>> Sayur-sayuranzaitun.

>> Produk tenusu mentega, keju, aiskrim, yogurt

>> Protein haiwan – Banyakkan pengambilan daging seperti daging lembu, ikan contohnya ikan kod, halibut, salmon. Makanan laut seperti tiram, udang dan ketam. (Makanan laut tidak digalakkan bagi pesakit darah tinggi dan gout)

>> Lain-lain – Kekacang seperti kacang hijau, kacang hitam, kacang soya, kacang tanah, walnut, cuka, kopi, minuman ringan, koko.


Disamping itu, banyakkanlah berdoa kepada YANG MAHA KUASA..semua rezeki adalah dari-NYA. 

ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan banyakkan membacar surah Maryam untuk mendapat anak perempuan.

sekadar perkongsian. wallahua'lam




No comments :

Post a Comment

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014