Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Friday, September 13, 2013

Tips Cegah Stretchmark Masa Hamil


Mengandung memang seronok tapi bila bab perubahan yang berlaku pada perut, mesti ramai yang rasa hendak menjerit. Apa tidaknya perut yang dulu licin tanpa parut kini ada tanda garisan.

Masalah normal ini memang selalu berlaku di kalangan ibu hamil. Dalam bahasa kehamilan, ia dikenali sebagai stretchmark. Apa itu stretchmark? Stretchmark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil.

Kehamilan biasanya menyebabkan perubahan bentuk badan dan pertambahan berat badan yang cepat membuatkan kulit hilang keanjalan. Akibatnya keadaan perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak.

Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu.

Kata orang pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan rekahan namun lebih baik anda mengelakkan ia daripada berlaku.

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan rekahan adalah:

1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.



Untuk dapatkan Set Hamil Shaklee sila KLIK DISINI @ 
klik gambar


boleh hubungi saya di

 Sms/wassup 013-5116965

 boleh juga PM/inbox fb saya

Klik Like Fanpage https://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja untuk dapatkan diskaun dan harga ISTIMEWA!

KONSULTASI PERCUMA untuk customer Siism sahaja sepanjang pengambilan produk ini.

 DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
 TIADA KESAN SAMPINGAN
 SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Salam Ceria dari SiiSm,





2 comments :

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014