gambar sekadar hiasan
Sejuk perut ibu mengandungkan kamu selama 9 bulan sayang..syukur dan gembira rasa hati mendapat anak yang soleh dan solehah kan? btul tak ibu-ibu semua..gambar hiasan ni..gmbar puteri kami..Nur Iman nama diberi..semoga puteri ibu dapat menjadi anak yang solehah harapan ibu dan ayah..Buat rakan-rakan siism..kami ingin kongsikan tips mendidik anak soleh dan solehah..artikle ni kami petik dari page Semanis Kurma..sama-sama kongsikan benda baik yer =) insyaallah
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak
kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain.....
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur
ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!....
3. Masa bangun solat malam, solatlah
hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia.
Jika Kita selalu buat....
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap
masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak
soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam
Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia
sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian
ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
Peringatan buat kami sendiri juga perkongsian buat semua..semoga ilmu ini bermanfaat buat kita..ameen
|
No comments :
Post a Comment
selamat mengomen ye...:)