Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Tuesday, September 17, 2013

Merancang Anak Lelaki melalui Pemakanan





Alhamdulillah..seronok hari..ramai antara rakan SiiSm yang baru hamil. Ada juga yang bertanya SiiSM ada apa-apa amalan/pemakanan untuk mendapat anak lelaki/perempuan? Sememangnya apa yang kita makan akan membawa pengaruh besar terhadap tubuh badan. 

Tahukah anda bahawa pemakanan juga antara faktor penting jika berhasrat merancang jantina anak.

Mengikut kajian sains, PH dalam pemakanan menentukan kewujudan kromosom (menentukan jantina anak) yang dibawa oleh lelaki. Sains juga menggariskan apa jenis makanan yang perlu diambil jika mahukan jantina tertentu.

Bagaimanapun bagi pasangan Muslim, segala usaha yang dilakukan diserahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya jua.

Tetapi tidak salah untuk mencuba!

MERANCANG ANAK LELAKI

Jika anda mengidam untuk mendapat anak lelaki, pilih makanan yang rendah PH iaitu pemakanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium dan potasium yang tinggi.

Makanan yang menjadikan PH dalam badan beralkali adalah sumber sayur-sayuran, buah-buahan, perasa makanan, ramuan pedas, kekacang dan benih.

Antara sumber makanan :

>> Buah-buahan Aprikot kering, avocado, pisang, kurma, kiwi, kismis, tembikai, epal, lobak, lemon, timun, tembikai susu, nenas, strawberi.

>> Jus Jus lobak, jus prun, jus tomato.

>> Sayur-sayuranbayam, kentang.

>> Lain-lain – Coklat, kekacang, bawang putih, cendawan, bawang merah, lada hitam, halia , herba (semua jenis)

>> Elakkan memakan makanan yang mempunyai sifat asid yang tinggi.

Walaupun sebilangan makanan di atas seperti buah-buahan sitrus mempunyai sifat yang lebih asid, namun ia sebenarnya meninggalkan kesan alkali selepas diproses dalam badan. 


Contohnya, lemon adalah buah yang bersifat asid. Namun selepas melalui sistem penghadaman dan asimilasi, ia akan menjadi sangat beralkali di dalam badan. 

Sebaliknya daging mempunyai sifat yang sangat beralkali sebelum melalui sistem penghadaman. Namun selepas diproses, ianya meninggalkan sisa yang bersifat asid di dalam badan.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang DIA yang MAHA menentukan.

Selamat beramal








No comments :

Post a Comment

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014