Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Thursday, July 25, 2013

Tazkirah Subuh sempena Nuzul Quran



Salam Nuzul Quran buat semua umat islam. Ade negeri yang cuti ada negeri yang tak cuti hari ni..apeponJom kita ikuti sedikit kesimpulan tazkirah subuh dari Ustaz Haris Fadzlan.

1. Jatuh hari ini Jumaat 17 Ramadhan. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi utk dpt syafaat.

2. Antara satu terawih dgn terawih ada Selawat. Saya rasa negara lain tiada Selawat eg Pakistan, Mesir, Arab. Hanya di rantau ini saja. Saya x mau bincang samada bidaah atau tidak saya x mau bincang. 

3. Selawat adalah suruhan Allah. Khatib x pernah tafsir makna Selawat yg di baca diantara terawih itu.

4. Allah beritahu Aku Maha Pencipta tapi Aku Selawat, malaikat2 Ku hebat dan mereka pun Selawat. 

5. Ayah Musa org alim dari Kelantan (baru meninggal) dlm u tube dia cerita kisah seorg yg tawaf dgn baca Selawat saja sepanjang tawaf. Dia jumpa org muda tu selepas tawaf dan tanya kenapa dia Selawat. Dia tanya siapakah pak cik. Dia kata saya adalah Suffian As Sauri. Pemuda itu cerita bapanya meninggal kulit warna hitam. Bapanya seorg yg baik. Dia x faham. Dia menangis dan bermimpi seorg dtg menyapu muka bapanya dan menjadi putih bersih. Dia tanya siapakah kamu. Saya adalah Rasulullah. Sebenarnya bapa dia banyak dosa bukan sebaik mana yg anak dia sangka. Pemuda tanya kenapa tuan sapu muka dan jadi putih. Nabi kata walaupun bapa kamu banyak dosa tapi lidah dia sentiasa berselawat. Maka Nabi bagi syafaat kpnya. Dia terus sedar dari tidur dan pergi tengok jenazah bapanya. Dia nampak mukanya putih bersih seperti mana yg dimimpikan. Jadi benarlah apa yg dia mimpikan.

6. Pada hari ini ribuan malaikat mengiringi Al Quran dari Luh Mahfuz ke kaki langit diketuai oleh Jibril. Ini menunjukkan mustahaknya. Allah Maha Agong, paling berkuasa. Patutnya tafsir Quran jadi pelajaran wajib di dlm sekolah. Saya baca tafsir setiap minggu lepas kuliah maghrib dah 10 tahun baru hbs 10 juzuk. Maknanya satu juzuk satu tahun. Hebatnya Quran. Ia mempunyai tafsiran yg banyak. Hari ini ramai yg tak faham Quran. Kita belajar baca saja tapi x baca tafsir. Kita bangga dgn journal2 kehakiman dll tapi tidak dgn Quran. 

7. Tarikh ini menyaksikan kemenangan Islam dlm perang Badar dgn bantuan Allah dgn jumlah yg sikit 313 org. Kemenangan demi kemenangan org Islam menang, Khandaq, Hunain dan tewas dlm Uhud. 

8. Afghanistan tewaskan Russia lps tu Amerika dtg membantu, Iraq kita kalah, Mesir baru nk perintah dah diguling. Apa hebatnya org dulu mana salah kita? Buku 'Kita mula kan dgn diri kita' penulis org Mesir. Sahabat2 adalah generasi yg hak mendapat kemenangan.

9. Saya saksi sendiri di pusat mengundi di Mesir. Buku daftar pemilih di print atas banner dan di gantung depan pintu sekolah. As Salafi bersatu dgn Ikhwan sokong Morsi. Banyak pembangunan dia buat semasa pemerinrahannya setahun. 

a. Tiada sifat jil nasli. Rungkai semua pegang satu. Niat kerana Allah. 

b. Tauhid kp Allah. Jangan syirik kp Allah eg suka dan percaya kp bomoh.

c. Bebaskan diri kita dari ikut benda lain selain ikut Nabi 100%. Eg ikut2an tarian gangnam, tengok cerita korea terutama anaka2 perempuan. 

d. Generasi yg hidupkan sunnah Rasulullah. Buat ibadah sunat banyak.

e.Generasi yg sentiasa menyerah diri dan redha dgn ketentuan Allah. Kita minta redha Allah dan syurga dan minta hindar murka Allah dan neraka. Kita kenalah redha dgn Allah dulu baru Allah redha dgn kita. Kita mesti jaga sungguh2 hukum Allah. Kita jaga semua perbuatan kita supaya tidak batalkan puasa, jaga hukum puasa tapi x jaga hukum solat. Terawih dtg tapi subuh jemaah x dtg. Hukum aurat tak jaga. Belum cerita lagi hukum hudud, qisas.

f. Biar pendek angan2 jgn panjang sangat. Masa muda vs tua, kuat vs lemah, sihat vs sakit. Satu saja tak kurang malah bertambah iaitu angan2. Mula angan2 motor lepas tu bila keluarga bertambah maka angan2 kenderaan makin besar. Cita2 utk Islam biar tinggi kekayaan biar sederhana.


Artikle ini adalah perkongsian dari sahabat di FB. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat rakan-rakan..insya-ALLAH..marilah kita perbanyakkan selawat di hari dan bulan yang mulia ini..


No comments :

Post a Comment

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014