Salam
Ramadhan Al-Mubarak buat rakan-rakan SIISM.. menjelang bulan puasa ni..SIISM
dapat rasakan mesti ada parents yg tak sabar nak tgk anak2 mereka bermula puasa
tahun init kan. SIISM update mengenai melatih kanak2 puasa ni..coz nk ajar anak
saudara SIISM yang berumur 6 thun puasa.
Firman Allah SWT
yang bermaksud: “Wahai orang beriman, selamatkanlah
dirimu dan keluargamu daripada neraka, sedangkan bahan bakarnya ialah manusia
dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama
sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang
diperintahkan pada mereka.” – Surah Al-Tahrim (66), ayat 6.
Banyak amalan yang
boleh dipraktikkan mengikut petunjuk Rasul dalam mendidik anak pada Ramadan.
Antara yang menjadi amalan ialah dengan mendidik anak yang kecil berpuasa.
Hukum berpuasa bagi
kanak-kanak yang belum mumayyiz (iaitu tidak tahu membezakan di antara yang
baik dan buruk) ialah tidak sah puasanya. Manakala kanak-kanak yang sudah
mumayyiz dikira sah puasa mereka apabila ia berniat puasa pada malam hari,
walaupun puasa Ramadan itu tidak diwajibkan ke atasnya.
Ulama sepakat
mengatakan bahawa hukum berpuasa pada Ramadan adalah wajib bagi setiap orang
Islam yang berakal dan baligh. Dengan demikian, kanak-kanak pada asalnya tidak
wajib berpuasa kerana mereka belum baligh. (Abd Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala
Mazhib al-arba’ah)
Walaupun kanak-kanak
yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, ia bukanlah satu larangan kepada
ibu bapa melatih anak-anak berpuasa.
Rasulullah SAW
menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan solat walaupun mereka belum
mencapai usia baligh. Hadis yang bermaksud:
“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur
mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika
umur mereka sepuluh tahun.” (Riwayat Imam Ahmad
dan Abu Daud).
Sekiranya arahan
Nabi SAW untuk melihat kanak-kanak terbiasa dengan amalan solat sebelum ia
diwajibkan ke atas mereka, maka begitu juga dengan amalan puasa. Malah Ibn
Qudamah dalam kitabnya al-Mughni jilid 3 mengatakan bahawa:
“Kanak-kanak dikehendaki berpuasa apabila
mencapai umur tujuh tahun jika dia secara fizikal mampu melakukannya.
Sesetengah ulama berpendapat, dia hendaklah didenda secara fizikal jika tidak
berpuasa ketika umurnya 10 tahun. Ia sama seperti tindakan yang diambil jika
tidak bersolat.”
Kenyataan ini
bersesuaian dengan amalan dalam kalangan anak-anak pada zaman Rasulullah SAW.
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’
katanya: “Pada
hari Asyura, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat ke desa Ansar yang berada
di sekitar Madinah dengan katanya: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini
hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan
pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki
harinya. Selepas kejadian itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami
yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat
menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang
diperbuat daripada bulu biri-biri. Jika ada antara mereka yang menangis meminta
makanan, kami akan berikan mainan berkenaan sehingga tiba waktu berbuka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini
menunjukkan sunat bagi ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka berpuasa dengan
tujuan melatih mereka sekiranya mereka mampu. Malah sunnahnya amalan ini
disokong oleh ulama salaf seperti Imam Syafie, Ibnu Sirin dan az-Zuhri.
Imam Nawawi memperincikan
hadis di atas dengan berkata: “Begitu juga keadaan kanak-kanak yang
hampir mencecah usia baligh, mereka perlu diberikan pelajaran segala bentuk
ketaatan secara berperingkat. Ini kerana urusan Islam juga masuk secara
berperingkat. Selagi ada kemudahan bagi mereka, mereka akan melakukannya, malah
menambahnya, dan selagi ada kepayahan, mereka belum mampu melakukannya, dan
jika mereka menyusahkan diri juga, maka mereka mustahil melakukannya.” (Syarh Sahih Muslim 6/170)
Malah Imam Bukhari
membawakan kepada kita satu athar bahawa amalan berpuasa dalam kalangan
kanak-kanak sudah lama dilakukan, malah ia menjadi tradisi pada zaman sahabat.
Kisahnya suatu hari Umar al-Khattab telah dihampiri oleh seorang lelaki yang
mabuk di bulan Ramadan.
Lalu dia berkata kepadanya: “Celaka
engkau, kamu berbuka sedangkan anak-anak kami berpuasa.” Lalu beliau
menyebatnya dengan 80 sebatan. (Fath
al-Bari, bab Puasa Kanak-Kanak)
Ada sebahagian ibu bapa yang menawarkan upah atau hadiah
bagi anak-anak mereka yang berjaya menghabiskan puasa Ramadan. Amalan memberi
upah ini bukanlah suatu yang melanggari syarak. Malah ia sesuai kepada mereka
yang masih kanak-kanak.
SIISM ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia dan Selamat Melatih anak-anak berpuasa pada ramadhan kali ini.
No comments :
Post a Comment
selamat mengomen ye...:)