Artikel Cermin Diri, akhbar Kosmo! bertarikh 5hb Julai 2013
Tanggal 10 Julai 2013,
umat islam mula berpuasa. Pada entry lepas SIISM update mengenai sunat mendidik
kanak-kanak berpuasa, pada entry kali ni..SiiSM ingin kongsikan TIPS untuk
mendidik si manja kita berpuasa..Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana cara
ingin bermula mengajar dan mendidik si manja kita berpuasa kan?
Jom
kita tengok antara TIPS yang boleh digunakan untuk mendidik si manja berpuasa ;-)
Mulakan Secara Berperingkat
Bilakah waktu yang paling sesuait utk melatih anak berpuasa?
Tidak ada dalil khusus dalam syariat yang menekankan mengenai mendidik anak berpuasa, namun sebaiknya ajarlah anak berpuasa bermula usia seawal empat atau lima tahun iaitu ketika si anak telah mampu untuk meluahkan isi hati mengenai keadaan dirinya.
Ajarkan si anak berpuasa secara bertempoh. Boleh mulakan dengan bersahur kemudian tidak mengambil sarapan dan berbuka tika waktu makan tengahari. Seterusnya biasakan dengan tempoh yang lebih lama, mungkin berbuka tika azan waktu solat Asar dan akhirnya cukup sehari dengan berbuka ketika masuknya waktu solat Maghrib.
Membiasakan diri sebegini akan dapat memberikan kekuatan kepada si anak untuk berpuasa penuh dan tak terlalu ‘sakit’ tika menghadapi puasa yang sebenar. Paling penting, si anak yang telah terbiasa berpuasa akan rasa ralat jika sengaja meninggalkannya.
Berikan ganjaran/penghargaan
Sebagai ibu bapa, tidak salah jika kita menjanjikan suatu ganjaran buat si simanja sekiranya Berjaya berpuasa.
Sebagai contoh, jika si manja baru belajar berpuasa, boleh janjikan RM10 jika dapat berpuasa penuh sehari dan RM5 jika dapat berpuasa separuh hari.
Jika anak telah berusia tujuh tahun, tika tempoh disiplin diri sewajibnya ditekankan menurut syariat (mengambil kira perintah solat), janjikan hanya jika si anak berpuasa penuh dan tidak akan memperolehi sebarang ganjaran jika berpuasa separuh hari.
Selain ganjaran berbentuk wang, si anak yang berpuasa boleh dijanjikan dengan ganjaran mengikut kehendak hatinya. Mungkin si anak berminat untuk menikmati hidangan tertentu atau memperolehi sesuatu maka cabarlah si anak untuk berpuasa penuh dan kehendak hatinya akan dipenuhi. Contohnya, masakkan makanan kegemarannya.
Namun, ganjaran hanya sesuai untuk anak yang baru belajar berpuasa dan di bawah umur baligh. Jika si anak telah baligh, perlu bertegas menyuruh si anak berpuasa bagi melaksanakan perintah Allah dan bukan demi ganjaran semata-mata.
Tika si anak berusia sembilan tahun, tak perlu dijanjikan sebarang ganjaran namun boleh diwujudkan ganjaran tersebut sebagai kejutan saat akhir iaitu diserahkan tanpa si anak maklum terlebih dahulu tika hari raya sebagai pendidikan bahawa berpuasa adalah perintah Allah yang wajib ditunaikan dan sebagai ibu bapa, ganjaran anda berikan kerana berbangga dengan prestasi si anak dalam usaha menjadi anak yang soleh atau solehah.
Wujudkan persaingan
Selain ganjaran, ibu bapa juga boleh wujudkan persaingan sihat antara anak-anak, jika memiliki lebih daripada seorang anak. Malah, andai memiliki hanya seorang anak yang boleh dilatih berpuasa, masih boleh wujudkan persaingan antara si anak dengan sepupunya dan boleh juga wujudkan persaingan dengan diri anda sendiri.
Contohnya, anda boleh ceritakan kepada anak anda mengenai kisah anda belajar berpuasa tika kecil dulu tetapi pastikan si anak mendapat manfaat dan semangat, bukan menjadikan si anak lebih tidak minat berpuasa.
Secara tidak langsung, si anak akan rasa tercabar untuk menandingi kehebatan anda ketika kecil seterusnya akan menjadikan anda berbangga dengan dirinya.
Berikan perhatian dan pujian
Setiap orang sukakan perhatian dan pujian bukan? Apatah lagi bagi seorang kanak-kanak yang masih kecil, mainan atau wang yang diberikan sebagai ganjaran berpuasa tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan pujian dan perhatian yang diperolehinya daripada anda sebagai ibu atau bapa.
Perhatian dan pujian yang anda berikan akan menambah semangat si anak untuk berpuasa kerana yakin, susah payahnya berusaha untuk berpuasa dihargai oleh anda.
Ingat! Anak-anak kecil masih belum faham konsep pahala dijanjikan Allah Taala lantas sebagai ibu bapa, biasakan dengan ganjaran dunia ketika si kecil belajar berpuasa tetapi tetap masukkan dalam minda mereka, puasa mereka dinilai oleh Allah sebagai pahala untuk kehidupan abadi di syurga kerana anak-anak yang masih suci ini boleh memahami keindahan syurga dan kehidupan abadi di sana nanti, insyaAllah.
Jangan paksa
Paling penting, JANGAN PAKSA ANAK BERPUASA. Jika keadaan dikenal pasti sebagai tidak menyokong usaha anak anda untuk terus berpuasa seperti keletihan yang melampau sebab tidak bersahur, pujuk si anak berbuka.
Perlu pastikan anak anda sentiasa dalam keadaan yang dijamin kesihatan dan keselamatannya. Tanamkan dalam minda, anak anda baru belajar berpuasa...
Kongsi Pengalaman
(^_^) Teringat kenangan sewaktu kecil dlu..admin blajar berpuasa seawal usia 6 tahun..tp puasa sparuh hari jer..kadang2 je penuh, masuk tahun 1 puasa penuh..tp ade jgak tinggal 3 hari..masuk tahun 2, tinggal 1 hari jer..bile umur 9 tahun, mula berpuasa penuh..dlu bersaeng puasa dengan adik bongsu..jika ada antara kami yang tak puasa mulalah mengadu pada abah, nenek…hihiihi..kenangan indah waktu kecil…hari Raya paling best! Siapa puasa penuh dpt duit raya lebih dari abah..siapa puasa tak penuh..kene potong..hehhehe..abah sangat serius dalam hal ni..walaupun masih kecil..abah boleh mendidik kami untuk berpuasa..insya-allah..akan kami praktikan pada anak-anak kami nanti..terima kasih abah ..Al-Fatihah buat ibubapaku..
No comments :
Post a Comment
selamat mengomen ye...:)