Tahukah
kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD.
Di
dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang
ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa
saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi
jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke
otak manusia.
Padahal
otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat
berfungsi secara normal.
Beliau
mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan.
Dikaji
dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir
setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan
sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.
Bila
perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi
lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine,
stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh) juga boleh membaiki
posisi anak dalam kandungan rahim
Paling
HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…
Hebat
tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA
tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD
KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam
khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung
kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian.
Ringankan
lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah
kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud
melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa
(kesalahan) darimu”
(HR
Muslim)
Firman
Allah SWT yang bermaksud:-
”
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah
Al-Ankabut ayat:45)
Dari
Sudut Tasawuf
Sujud
adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya.
Pergerakan
sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang
hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar
dan mengaku bahawa:
“Ya
Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya
pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang
sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-
“Tiadalah
keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat
hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (
sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada
Allah)”.
(Hadis
Riwayat Imam Tabrani).
Firman
Allah SWT yang bermaksud:-
”
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila
diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta
memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud
bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di
atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah,
mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan
mengembalikan dirinya kepada tanah.
Apabila
ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka
tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan
dirinya dari tanah itu.
Maka
setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati,
apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai
solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah.
Ia
merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun
lagi.
Sedangkan
kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam
keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan
ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah
Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan,
“Subhana
Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Islam
itu kan indah..
Solat
itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin.
Bila
kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai
hamba (hikmah dan kebaikan )
No comments :
Post a Comment
selamat mengomen ye...:)