Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Tuesday, May 14, 2013

Petua Orang Tua Rawat Bayi Jaundis / Kuning



Hati ibu mana yang akan tenang bila bayi yang baru dilahirkan tiba-tiba demam kuning/ jaundis. Pasti kita akan risau kan?? Memandangkan ramai diantara bayi rakan-rakan SIISM yang baru lahir mengalami jaundice..jadi SIISM ingin kongsikan sedikit petua utk merawat bayi jaundice. Harap harap dapat membantu ibu-ibu Idaman sekalian. SIISM doakan semoga bayi kalian cepat sembuh.

Apakah itu Jaundis?

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulitKadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Demam kuning memang banyak menyerang bayi yang baru lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya.
Malah ia juga sedikit sebanyak mengganggu disiplin ibu-ibu yang sedang menjalani rawatan berpantang.Ini kerana jika si anak terpaksa di masukkan ke hospital, ibu pula terpaksa berulang alik untuk menjengok dan menyusukan bayi mereka.

Antara PETUA orang-orang tua yang boleh di amalkan :
  1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran. 
  2. Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
  3. Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
  4. Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.
  5. Rebus daun inai bersama akarnya, kemudian mandikan anak dengan daun inai.
  6. Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.
  7. Jika anda mengambil herba atau jamu, HENTIKAN buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
  8. Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 
  9. Ibu menyusu juga boleh minum susu kambing ini kerana bayi turut akan mendapat khasiat dari susu ibu.

Jika anda juga ada tips-tips yang lain, boleh ke ,komen disini. Kita sama-sama share untuk kesihatan Si Manja Tersayang.

berminat utk dapatkan SET BERPANTANG shaklee? jom klik DI SINI

PERCUMA 2 hadiah Istimewa dari SIISM dengan setiap pembelian Set Bersalin ini  =) 

p/s: tawaran terhad selagi stok masih ada!!

I am Your Shaklee Independent Distributor (910538)…(COD area Putrajaya)
Jika berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh add saya di 
FB Ameerah Zulfa T. Abdullah untuk senang kita berchatting atau

Sms/wassup       : 013-5116965
 Message Fb      : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
Jemput Like FB Page kami   : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja

Setiap pembelian akan melayakkan anda untuk mendapatkan jadual pemakanan serta konsultasi percuma daripada saya:)

©       “A Healthier Life For Everyone & A Better Life For Anyone” ©

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014