Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Sunday, December 30, 2012

KONTRAKSI KEHAMILAN



Pada entry lepas SIISm post tentang tanda-tanda awal nk bersalin.Kali ni kite share tentang kontraksi pulak yer.  Ada segelintir bakal2 ibu tidak mengetahui apa itu kontraksi?adakah kontraksi yang kita alami itu benar @ palsu?.jom kita tengok apa itu kontraksi?ciri2 macmaner? kontraksi benar atau palsu?..sebagai persediaan kita nak bersalin nnt..=)
Apa itu Kontraksi
Kontraksi adalah serangkaian kontraksi rahim yang teratur, akan mendorong janin melalui serviks (rahim bahagian bawah) dan vagina (jalan lahir) secara bertahap sehingga janin keluar dari rahim ibu.Kontraksi akan menyebabkan serviks membuka secara bertahap (mengalami dilatasi), menipis dan tertarik sampai hampir menyatu dengan rahim.  
Ciri-ciri Kontraksi
  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.

Mengira Kontraksi
  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.

Kelahiran Palsu
*Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
*Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. 
*Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran. 

*Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini 

  • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • tidak bertambah kuat sakitnya.
  • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • tidak begitu menyakitkan.
  • boleh reda jika anda berbaring.
  • biasanya tiada perubahan pada servik.

~ Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan ok..jangan tunggu lama-lama..cepat-cepat berjumpa doktor if u all ade masalah k..jaga kandungan, sayangi baby kita..Gud Luck to all mom's to be...;) ~

Untuk dapatkan produk untuk bersalin..sila klik DI SINI

iNGIN Melihat testimoni? sila klik diSINI


Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Blog                : http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan SIISM..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit




No comments :

Post a Comment

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014