Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Wednesday, December 26, 2012

TANDA-TANDA AWAL NAK BERSALIN



Bedebarnya rasa nk bersalin kan xkira ank pertama ke-2 dan ke seterusnya..kan? Buat ibu-ibu yang br nk deliver anak pertama pasti tertanya-tanya apakah, bagaimanakah tanda-tanda nk bersalin kan? Jom kita check apa tanda-tanda awal nk bersalin..so bleh la ibu-ibu get ready nnt yer...

Bayi turun ke bawah



Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:


* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir



* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.



Sakit belakang



* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. ~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. =)



Pecah air ketuban



*Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
*Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
*Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
*Kontraksi yang tetap dan berterusan
*Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel"Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"


Bila Perlu ke Hospital


Segera ke Hospital untuk kepastian doktor apabila;-

*kontraksi berlaku 5 minit sekali selama 1 jam 
(datang lebih cepat jika tinggal jauh- tkt bersalin dlm kheta plak kan)
* keluar air ketuban
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap
* keluar darah dari vagina
* apa2 saja masalah yang dialami





~  bile dah nk jadi ibu kadang-kadang instinct kita ni pon boleh agak bila kita nak bersalin. Badan kita , kita yang tahu cemana rasa nya . Betul tak ? selain itu, berdoa lah kepada-NYA banyak2 moga dipermudahkan segalanya..jangan lupa minta ampun dan maaf dari semua terutama suami, ibu, ayah dan semua yang mengenali kita...Semoga selamat melahirkan yerrrr...~

'SELAMAT MELAHIRKAN BAYI COMEL BUAT BAKAL2 IBU DAN IBU2 SEMUA'
SIISM DOAKAN ANDA SEMUA SELAMAT ;)


*untuk dapatkan set bersalin boleh lihat di sini 


Sila Hubungi meera untuk sebarang pertanyaan dan pesanan ;)
Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.
©       Shaklee ID     : 901538
©       SMS                 : 013-5116965
©       Emel                : siism.biz@gmail.com
©       Add Fb            : http://www.facebook.com/ameeraz.dameeiya
©       Like FB Page : http://www.facebook.com/SusuIbuIdamanSiManja
©       Blog                : http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Anda akan mendapat JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN dan layak mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pembelian anda dengan meera..;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit



No comments :

Post a Comment

selamat mengomen ye...:)

Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014