Post Terhangat dan Terbaru di Blog SIISM


Pakej Set Bersalin TERHEBAT!!
2 Milk Booster TERBAIK

Monday, February 11, 2013

Happy Chinese New Year


SIISM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan2 SIISM yang chinese..Wishing you a Happy and Prosperous Chinese New Year.

Jom kita baca sedikit info tentang Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (2013 -Tahun Ular) 
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong
"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional恭喜發財Tulisan Cina Ringkas恭喜发财pinyingōngxǐ fācáiBahasa Kantonis (Yale):gūnghéi faatchòihbahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châibahasa HakkaKung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki"



Sumber ini SIISM petik dari Wikipedia 


Blog Hak Milik Susu Ibu Idaman Si Manja 2014